Ahad, 4 Ogos 2019

PROSEDUR NIKAH DI NEGERI KELANTAN


PROSEDUR NIKAH DI NEGERI KELANTAN
Assalamualaikum semua, hari ni saya nak kongsi sikit berdasarkan pengalaman saya  masa nikah hari tu.  Perkara pertama  korang perlu buat selepas tarikh nikah ditetapkan sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum tarikh dah boleh prepare macam-macam pasal hal kawin.
1.    UJIAN HIV
Ujian hiv perlu dilakukan sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum tarikh nikah. Hanya boleh dilakukan di hospital dan klinik kesihatan sahaja seperti klinik 1 Malaysia atau klinik daerah @ desa pom boleh kalau tak nak tunggu lama…hahaha sebab saya buat dekat klinik desa je sebab tak nak tunggu lama.

Hanya pergi dekat kaunter cakap nak buat ujian HIV nanti dia suruh bagi ic dan bayaran RM1. Nanti tunggu dia panggil untuk isi borang.
Selepas  isi borang tu pergi hantar dekat kaunter balik dan tunggu dia panggil. Setelah dia panggil dia just ambil setitik je darah lepas tu tunggu dalam 20 minit hingga 30 minit untuk tahu keputusan. Lepas tu settle satu hal….huhuhuhu…

2.    ISI BORANG ONLINE
Bagi nikah di Negeri Kelantan salah satu pasangan perlu mengisi borang online di E-Qaryah. Borang  online boleh diisi seawal 90 hari dari tarikh nikah dan bakal pengantin lelaki perlu berbincang dulu berapa jumlah mas kawin sebab kena isi  online berapa jumlah mas kawin yang akan diberikan oleh bakal pengantin perempuan. Sebelum isi online tu perlu senaraikan siapa wali, dan saksi sebab perlu isi butiran peribadi seperti nombor ic, nama penuh dan alamat mereka. Jangan lupa nama penuh, nombor ic pasangan dan alamat rumah juga yer nanti kesian pulak nanti isi sekarat jalan tersangkut sebab tak tau detail pasangan …..hahahaha

Dekat web site tu perlu ikut peraturan yang dia tetapkan seperti buat fotokopi salinan ic bakal pengantin lelaki, salinan ic bakal pengantin perempuan, salinan ic bapa  pengantin perempuan/ wali, salinan ic saksi, salinan kursus kawin. Nanti bukak website E-Qaryah dia bagi detail berapa salinan dia nak okay….. :)

3.    PASANGAN PERLU DAPATKAN COP ATAU KEBENARAN
Selepas selesai isi borang online di E-Qaryah dan pasangan perlu kempilkan sekali dengan salinan fotokopi yang mereka nak. Peringatan yer semua, sebelum nak hantar ke tok imam/kadi mukim untuk cop kebenaran perlu buat 2 salinan dokumen tu. Contohnya bila dah siap isi dan print borang online tu, perlu fotostat 1 salinan lagi jadi 2 salinan la. Sama juga dengan dokumen lain seperti salinan ic, kursus nikah tu. Sebab nanti selepas nikah  tu satu dokumen tu akan di hantar dekat Maik untuk proses buat kad kahwin pintar dan satu lagi dia akan bagi dekat kita sebagai bukti.
Dokumen tu perlu dihantar ke Tok Imam/Kadi mukim kawasan yang menikahkan pasangan untuk dapat pengesahan atau cop.

Contohnya pasangan dari daerah berbeza, perlu dapatkan cop di daerah mukim masing-masing. Misalnya, salah seorang dari pasangan orang Kota Bharu mukim kota perlu dapatkan cop Tuk Imam atau kadi mukim tersebut dan pasangan satu lagi orang Kota Bharu mukim Bunut Payung perlu dapatkan cop dan pengesahan Tok Imam/ kadi kawasan tersebut.

4.    HANTAR KE MAIK
Selepas dah settle cop dan pengesahan dari Tuk Imam mukim masing-masing. Pasangan haruslah hantar borang tersebut ke Majlis Agama Islam Kelantan. Kedua-dua pasangan kena pergi sebab nanti orang kaunter tu tanya kalau pergi sorang-sorang nanti kena marah dekat orang kaunter tu. Lepas tu kena bayaran dalam seratus lebih. Saya dah lupa berapa huhuhu… Rasanya lepas isi online ada dia bagitau dekat syarat dan peraturan tu berapa kena bayar ok…..nanti uolls baca kat situ. Rasanya tak sampai RM150.00.

Kena hantar borang tersebut dekat bangunan MAIK  selepas masuk pintu pagar  bangunan tu sebelah kanan yang kat atas bangunan tu ada tulis Allah dan Muhammad S.A.W. Pejabat tu tingkat 1 jadi kena la naik tangga yer. Lepas tu kena ambil nombor dan tunggu turn.  Lepas hantar borang tu nanti dia suruh tinggal dekat situ, diorang suruh datang ambik dalam masa 2 hari nanti dekat kertas dia bagi tu ada tarikh bila kena datang ambil.

5.    SERAH KEPADA TOK IMAM/TOK KADI
Selepas 2 hari, ambil dokumen tersebut di pejabat Maik dan kena serahkan pada Juru Nikah/Tok Imam/ Kadi mukim sebelah perempuan untuk menikahkan korang…huhuhu… sebab nanti tok iman/juru nikah/kadi akan bawa dokumen tu pada hari nikah ….

6.    Hari Nikah
Masa hari nikah tu bakal pengantin lelaki perlu bawa duit mas kawin sebanyak yang di tulis dalam borang masa daftar dalam E-Qaryah tu sama ada berupa cek atau cash. Perlu juga sediakan sedikit duit untuk bagi dekat tok iman/juru nikah/kadi selepas majlis akad nikah tu nanti.

7.    Selepas nikah
Selepas settle semua nanti  tok iman/juru nikah/kadi bagi dokumen nikah tu untuk kita hantar ke pejabat MAIK bagi proses buat kad kahwin pintar. Selepas pergi hantar nanti satu salinan dia bagi dekat kita. Selepas sebulan dah boleh ambil kad kahwin pintar tu dan bayar RM50.00 untuk 2 kad okay.

Harap- harap bermanfaat untuk bakal pengantin nanti yer. Saya doakan semoga selamat semua.